• sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    Setahun yang lalu

Rabu, 19 Jun 2013

Utusan Online - Kota

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Jalan Petaling kotor

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusan.com.my

Ahmad Phesal Talib (kiri) dan Ang Say Tee memukul gong sebagai simbolik perasmian Majlis Ulang Tahun Ke-100 Jalan Petaling di Kuala Lumpur, malam semalam. - utusan/SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR 18 Jun - Peniaga di Jalan Petaling diminta bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memastikan tahap kebersihan di kawasan tumpuan ramai itu sentiasa terpelihara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, ini kerana terdapat aduan daripada orang ramai mengenai masalah sampah-sarap selepas operasi perniagaan di situ tamat.

"Kawasan ini amat terkenal dalam kalangan pelancong asing mahupun penduduk tempatan, jadi tahap kebersihannya harus selari dengan kerancakan perniagaan di sini.

"Saya berharap peniaga-peniaga dapat bekerjasama rapat dengan DBKL termasuk tidak mengotorkan longkang, tidak membuang sampah merata-rata dan jaga kebersihan kawasan masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merasmikan sambutan Ulang Tahun Ke-100 Jalan Petaling dan ulang tahun ke-60 Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Jalan Petaling, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi persatuan itu, Datuk Ang Say Tee dan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Tambah Ahmad Phesal, Jalan Petaling juga akan terlibat dengan projek River off Life (ROL) di bawah Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang.

"DBKL juga sentiasa mengambil inisiatif untuk mengadakan proses pembersihan di kawasan ini, jadi perlu ada kerjasama dengan peniaga dan pengunjung untuk menjaganya.

"Malah, kita juga sudah menubuhkan jawatankuasa khas untuk memantau dan menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan ini dari semasa ke semasa," katanya.

Lesen kafe siber digantung

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusan.com.my

Tengku Adnan Tengku Mansor menyampaikan anugerah khidmat cemerlang kepada salah seorang penerima, Iznariza Che Izham (kanan) dari Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat, semalam. - bernama

KUALA LUMPUR 18 Jun - Tidak dapat dinafikan kafe siber merupakan antara tempat yang membiakkan masalah sosial terutamanya apabila dijadikan tempat berjudi menerusi internet.

Sehubungan itu, Kementerian Wilayah Persekutuan membekukan sementara pengeluaran lesen kafe siber di Kuala Lumpur dan Labuan bagi membendung gejala judi dalam talian yang semakin menjadi-jadi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, bukan sahaja lesen-lesen baharu tidak akan dikeluarkan lagi malah permohonan memperbaharui lesen juga tidak akan diluluskan.

"Kita perlu menyemak semula segala peraturan dan memastikan segala peraturan dipatuhi sepenuhnya tanpa sebarang kompromi untuk meluluskan lesen tersebut.

"Banyak perkara perlu diambil kira, yang penting saya tidak mahu mana-mana premis kafe siber ini menggunakan dinding kaca gelap bagi menghalang pandangan dari luar.

"Tidak lagi boleh dibuat di tingkat atas bangunan, mesti di tingkat bawah dan sama sekali tidak boleh bersambung dengan premis perniagaan lain terutamanya pusat-pusat hiburan malah pusat urut mahupun kecantikan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata beliau menerima banyak aduan daripada warga pendidik bahawa kafe siber menjadi tempat pelajar yang ponteng sekolah.

"Saya bertanggungjawab terhadap aduan dan rungutan para guru yang mendapati gejala judi dalam talian ini telah merebak di kalangan pelajar yang menjadi punca kepada masalah ponteng sekolah, perlakuan menjadi agresif dan pelbagai masalah disiplin yang lain," katanya.

Malah kata Tengku Adnan, beliau sendiri baru-baru ini menyamar dan masuk ke sebuah kafe siber dan tidak menafikan pengusaha menawarkan permainan judi tersebut dengan perlu mendapatkan kata kunci di kaunter premis.

Beliau mendakwa, di samping itu terdapat pengusaha kafe siber yang memberi gula-gula dipercayai mengandungi dadah kepada pengunjung termasuk pelajar yang menyebabkan bukan sahaja ketagih bermain judi malah di bawah pengaruh dadah.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa tidak puas hati dengan agenda persatuan-persatuan penjaja di Kuala Lumpur yang mengagih-agihkan lesen perniagaan kepada warga asing termasuk tidak bertindak tegas terhadap ahli yang gemar mengambil warga asing sebagai pembantu dan jurujual.

"Sekarang saya lihat rata-rata menggunakan warga asing termasuk di pusat beli-belah yang menjadi tumpuan pengunjung.

"Sehinggakan tugas menggoreng mee pun diserahkan kepada warga Nepal sedangkan warga asing ini tidak menjaga kebersihan. Mereka jenis yang suka meludah dari bilik-bilik sewa di tingkat atas ke bawah.

"Anda sendiri sedar betapa Kuala Lumpur begitu dikuasai warga asing setiap kali adanya cuti-cuti umum ekoran dari para majikan yang suka mengambil warga asing sebagai pekerja mereka. Sedangkan bukan tidak ada orang kita (tempatan) yang boleh diambil bekerja," katanya.

Fenomena ini menyebabkan beliau tidak menghadiri Majlis Jamuan Ulang Tahun ke-100, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur yang diadakan di Jalan Petaling, malam tadi.

"Tanda saya bantah kehadiran warga asing yang begitu ramai diambil sebagai pekerja dan jurujual termasuk di Jalan Petaling itu sendiri," tegas beliau.

"Sebab itu untuk Bazar Ramadan tahun ini, kita tidak lagi mengeluarkan lesen perniagaan sementara mengikut kuota persatuan-persatuan penjaja, kita buka kepada semua bagi mengelakkan ada pihak yang mengambil kesempatan," katanya.

Insinerator dibina di Kepong

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

KUALA LUMPUR 18 Jun - Sebuah insinerator berteknologi tinggi dan terkini dengan kapasiti untuk membakar 1,000 tan sampah sehari bakal dibina di Stesen Pemindahan Sisa Pepejal, Taman Beringin, Kepong di sini tahun depan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, insinerator itu dirancang untuk dibina bersebelahan stesen tersebut bagi mengurangkan keperluan pelupusan sisa pepejal.

Sistem tender antarabangsa akan dilaksanakan secara terbuka kepada pihak kontraktor dan permohonannya dijangka dibuka mulai September ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan kerja-kerja pembersihan dan kutipan sisa pepejal di sekitar ibu negara hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Sosio Ekonomi DBKL; Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz; Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Datuk Dr. Nadzri Yahaya; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Arpah Abdul Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan.

Terdahulu, menerusi program yang diberi nama Ops Fajar itu, beliau melihat sendiri kerja-kerja pembersihan termasuk mengutip sisa pepejal dan membersih longkang yang dijalankan oleh pekerja Alam Flora Sdn. Bhd. di Jalan Alor, Bukit Bintang, di sini seawal pukul 6 pagi.

Beliau bersama-sama wakil kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Alam Flora dan petugas media berjalan sejauh 1.5 kilometer dengan memasuki lorong yang dipenuhi longgokan sampah di sekitar kawasan tersebut dan berakhir di Stesen Pemindahan Sisa Pepejal di Taman Beringin, Kepong di sini.

Menurut Abdul Rahman, pemenang tender insinerator itu perlu mendapatkan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) terlebih dahulu yang dijangka mengambil masa selama sembilan bulan sebelum pembinaan dimulakan.

Utusan Online - Selatan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Jeram Padang tiada mesin ATM

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

Ong Peng Siang, Chew Kam Tu, L. Manickam

JEMPOL 18 Jun - Penduduk di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang merayu institusi kewangan supaya menyediakan perkhidmatan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit wang (CDM) di situ.

Ini kerana, kata mereka, banyak urusan berkaitan kewangan terpaksa dilakukan di sebuah stesen minyak di pekan Rompin, dekat Jeram Padang yang hanya menyediakan sebuah mesin ATM di situ.

Seorang penduduk, Ong Peng Siang, 38, berkata, mesin ATM di situ sudah beroperasi sejak tahun 2009 dan ia tidak mampu lagi menampung urusan yang dibuat oleh penduduk, yang jumlahnya semakin meningkat.

Kerap kali penduduk di Rompin dekat Jeram Padang ini terpaksa ke pekan Bahau yang jaraknya 20 kilometer hanya untuk mengeluarkan wang," tegasnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kata Peng Siang, wang yang terdapat dalam mesin ATM di stesen minyak berkenaan sering kehabisan, terutama di awal bulan.

Sementara itu, pemilik stesen minyak Petronas, Chew Kam Tu berkata, pihaknya telah membuat permohonan di sebuah bank untuk menyediakan lebih banyak kemudahan mesin ATM dan CDM.

Stesen minyak ini baharu diperbesarkan dan banyak ruang kosong. Saya harap mesin ATM dan CDM tambahan diletakkan di situ," ujarnya.

Katanya, banyak reaksi negatif yang diterima daripada pihak bank dengan alasan tiada jaminan keselamatan terhadap mesin mereka.

Dahulu, memanglah kawasan ini sunyi tetapi hari ini adalah laluan utama dari Bahau ke Gemas dan Tampin. Tahap keselamatan memang menjadi keutamaan di stesen minyak ini," tegasnya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, L. Manickam berkata, pihaknya juga bimbang masalah ini akan berlarutan terutama apabila tiba musim perayaan.

Saya hendak maklumkan, ketika ini terdapat lebih 30,000 penduduk di kawasan DUN Jeram Padang ini, termasuklah pekerja ladang. Bagaimana mereka mahu mengeluarkan wang, jika masalah keperluan mesin ATM dan CDM ini tidak mendapat kerjasama baik dari pihak institusi perbankan.

Saya masih menunggu pihak bank mana yang mahu memberikan kerjasama itu demi kemudahan rakyat," tegasnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Kampung Baru negeri.

Kualiti udara tiga kawasan tahap sederhana

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Kualiti udara di Port Dickson berada pada tahap sederhana, semalam.

TELOK KEMANG 18 Jun - Kualiti udara di Nilai, Seremban dan Port Dickson yang sebelum ini tidak sihat pada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kini berada pada tahap sederhana.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Charanpal Singh berkata, bacaan IPU sehingga pukul 11 pagi ini bagi kawasan Nilai ialah IPU 57, Seremban dengan IPU 61 manakala Port Dickson, IPU 54.

"JAS negeri ini menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta memantau pelepasan asap berlebihan dari kilang khususnya dalam kawasan kualiti tahap sederhana ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di sekitar kawasan peranginan Port Dickson dekat sini mendapati urusan harian orang ramai berjalan seperti biasa, biarpun kelihatan ada yang menutup mulut dengan tangan bagi mengelakkan pencemaran habuk dan asap.

Seorang penduduk, Alan Daud, 46, berkata, fenomena jerebu itu bukan perkara baharu malah menjadi satu masalah kepada penduduk yang mendiami kawasan peranginan ini setiap kali pembakaran terbuka berlaku di negara jiran.

''Lebih teruk lagi jika ada dalam kalangan orang ramai melakukan pembakaran terbuka di kawasan perumahan, tempat pembuangan sampah mahupun pelepasan asap. Ini akan memburukkan lagi kualiti udara di pantai peranginan negara ini," katanya di Port Dickson dekat sini hari ini.

Berikutan itu, katanya, tidak banyak aktiviti luaran dapat dilakukan ketika keadaan jerebu ini dan ia sekali gus menjejaskan ekonomi penduduk sekitar yang banyak bergantung kepada sektor pelancongan.

"Tidak ramai yang hendak berkelah di pantai jika jarak penglihatan terhad dan udara tidak berkualiti serta panas," katanya.

Rahim Duyung, 45 memberitahu, dengan keadaan cuaca panas dan kualiti udara tercemar, pasti mereka yang menghidap penyakit seperti lelah dan lainnya akan hanya memilih untuk duduk di rumah.

"Aktiviti pelajar di sekolah juga akan menjadi terhad. Tiada aktiviti di padang, rekreasi mahupun di kawasan pantai.

"Perkembangan ini amat mendukacitakan, apatah lagi punca berlakunya jerebu itu disebabkan kawasan kebakaran atau titik panas di Sumatera Tengah, Indonesia," tegasnya.

Seorang belia, Azlan Md. Zain, 20, berkata, keadaan udara akan menjadi lebih teruk jika ada kilang yang membuat pelepasan asap tanpa kawalan.

"Hal ini memerlukan pemantauan oleh JAS dan berharap kawalan pelepasan asap ketika keadaan jerebu atau pun tidak dapat dipatuhi oleh kilang-kilang di kawasan Port Dickson ini," tegasnya.

Masalah jalan mendap akan segera diselesai

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

MELAKA 18 Jun - Kerajaan negeri akan mengambil langkah segera menyelesaikan masalah jalan mendap di Jalan Benteng di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru bagi mengelak masalah tersebut daripada terus berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman berkata, masalah yang berlaku sejak 2008 itu sebelum ini telah diselesaikan sebanyak dua kali iaitu pada 2008 dan 2009.

Bagaimanapun, katanya, usaha yang telah dilakukan itu gagal mengatasi masalah jalan mendap di kampung terbabit.

Menurutnya, kali pertama ia diselenggara dengan menggunakan sistem tambak biasa dan diikuti dengan teknik geotextile membrane tetapi hanya mampu bertahan selama tiga tahun.

"Kerajaan negeri sedang berusaha mencari jalan termasuk mengeluarkan peruntukan untuk mengatasi masalah tersebut secara muktamad kerana tidak mahu masalah sama berlanjutan.

"Selain itu, bantuan daripada kementerian berkaitan juga perlu memandangkan usaha memperbaiki struktur jalan berkenaan memakan modal jutaan ringgit," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi berkata, penduduk diharap dapat bersabar kerana kerajaan mahu menyelesaikan masalah ini sepenuhnya agar ia tidak berulang lagi hingga menyebabkan pembaziran.

Ujarnya, kerajaan negeri pada tahun lalu ada menyediakan peruntukan sebanyak RM275,000 untuk membantu menyelesaikan masalah itu namun ia tidak mencukupi untuk membuat penyelesaian muktamad.

"Masalah ini akan cuba diselesaikan dalam masa terdekat dengan memperbaiki struktur jalan di bahagian yang terjejas terlebih dahulu.

"Bagi mengelak masalah sama berulang, kita juga akan mengelak daripada kenderaan besar seperti lori dan bas melalui jalan ini apabila ia siap dibaiki nanti," tegasnya.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan, penduduk Jalan Benteng di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru terpaksa berhadapan dengan risiko kemalangan disebabkan masalah jalan mendap yang berlarutan sejak lebih lima tahun lalu.

Jalan yang menghubungkan kampung tersebut dengan pekan Kuala Sungai Baru itu menjadi pilihan utama lebih 100 keluarga kampung berkenaan disebabkan jaraknya yang lebih dekat berbanding satu lagi jalan.

Malah, ia turut menjadi laluan utama kepada para pelajar dan kakitangan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) di Kuala Sungai Baru.

Utusan Online - Utara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


JKJR yakin capai sasaran

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Oleh NORAZLINA ISMAIL
utusanpenang@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada peserta Seminar Hormati Had Anda di Butterworth, Pulau Pinang, semalam. - Utusan/Sazali Che Din

BUKIT MERTAJAM 18 Jun - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) yakin dapat mengurangkan statistik kematian akibat kemalangan jalan raya dengan hanya dua kematian bagi setiap 10,000 kenderaan yang berdaftar di negara ini.

Hal ini kerana pihaknya percaya kerjasama daripada PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama jabatan itu dalam menganjurkan seminar keselamatan Hormati Had Anda kepada pemandu dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya di negara ini.

Pengarah JKJR negeri, S. Jegan berkata, menerusi seminar tersebut pemandu diberi kesedaran tentang kepentingan menghormati had kemampuan fizikal dan kenderaan yang dipandu supaya tahap keselamatan di jalan raya dapat ditingkatkan.

"Setiap tahun kita akan jemput pemandu dan operator kenderaan berat untuk hadir seminar ini supaya mereka berpeluang mempelajari teknik serta tips, pemanduan selamat di jalan raya dan lebuh raya.

"Menerusi seminar ini kita harap ia dapat mengubah sikap dan tabiat pemandu kenderaan terutama pemandu kenderaan berat agar mementingkan keselamatan di jalan raya bagi memastikan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya dapat dikurangkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Seminar Keselamatan Hormati Had Anda yang dihadiri pemandu-pemandu kenderaan berat di sini.

Yang turut hadir Pengurus PLUS Wilayah Utara, Mohamad Pazli Kasim.

Sehubungan itu, Jegan berkata, pemandu perlu mengubah sikap dan tabiat memandu supaya kemalangan dapat dielakkan.

"Setiap tahun kita menerima pertambahan sebanyak 1.4 juta kenderaan baru yang berdaftar di jalan raya dan 540,000 pemandu baru setiap tahun.

"Statistik kes kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan berat setakat Januari hingga April tahun ini adalah sebanyak 632 kes melibatkan lori dan 75 kes melibatkan bas daripada jumlah keseluruhan 3,091 kes kemalangan dicatatkan.

"Jumlah kematian pula adalah sebanyak 128 kematian iaitu 48 kematian melibatkan lori dan lapan lagi melibatkan bas," ujarnya.

RM500,000 diperuntuk bantu 50 peserta 1Azam Tani Pulau Pinang

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Mahmud Zakaria (kanan) dan Habibah Sulaiman (dua dari kiri) melihat mesin jahit yang diberikan kepada seorang peserta 1Azam Tani di Nibong Tebal, Pulau Pinang, kelmarin.

NIBONG TEBAL 18 Jun - Kerajaan Pusat memperuntukkan RM500,000 bagi membantu 50 ketua isi rumah bagi program Bantuan 1Azam Tani (Akhiri Zaman Miskin) bagi meningkatkan pendapatan golongan itu di negeri ini.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pulau Pinang, Habibah Sulaiman berkata, bantuan yang disalurkan kepada FAMA itu bertujuan membantu golongan miskin keluar daripada kemiskinan dengan menjalankan perniagaan.

Beliau berkata, peserta yang dipilih itu akan menerima bantuan peralatan serta bimbingan setelah mereka tersenarai dalam data e-kasih.

"Menerusi bantuan itu FAMA akan membantu peserta mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan daya saing melalui kursus pembangunan modal insan dan latihan," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Bantuan 1Azam Tani di kawasan Sungai Acheh, di sini.

Majlis penyampaian bantuan kepada tiga peserta 1Azam Tani itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria.

Peserta yang menerima bantuan itu ialah Mat Shah Shafee, 38, menerima peralatan perniagaan, Sidek Ismail, 46, (mesin jahit) dan Ali Yusuf, 65, menerima jentera mengepam air. Setiap seorang menerima bantuan bernilai RM10,000.

Habibah berkata, sejak 2010 hingga 2012 seramai 99 peserta di Pulau Pinang menerima bantuan 1Azam Tani dan daripada jumlah itu, 74 orang berjaya meningkatkan pendapatan mereka.

"Hasil pemantauan yang dijalankan 74 peserta yang menerima bantuan itu berjaya keluar daripada garis kemiskinan dan memperoleh pendapatan tambahan antara RM50 hingga RM1,000 sebulan," katanya.

70 pelajar ke IPT dibantu

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Shahanim Mohd. Yusuf (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Faiznur Izati Mohd. Fuad sempena Program Sumbangan Pelajar Ke IPTA dan IPTS di Sungai Petani, Kedah semalam.

SUNGAI PETANI 18 Jun - Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 70 anak penduduk kampung di Parlimen tersebut yang menerima tawaran melanjutkan pengajian di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara mulai tahun ini

Ketuanya, Shahanim Mohd. Yusuf berkata, walaupun sumbangan diberi tidak seberapa nilainya tetapi dapat memberikan satu perangsang dan semangat baharu kepada pelajar apabila berada di pusat pengajian itu nanti.

Ada di antara mereka dipilih melanjutkan pengajian di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Akademi Laut Malaysia (Alam), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), politeknik dan lain-lain.

Katanya, mereka yang dipilih ke pusat pengajian berkenaan bukan daripada keluarga mewah dan sebahagian perlu dibantu.

"Saya yang prihatin dengan masalah mereka tampil menghulur sedikit sumbangan sekadar yang terdaya dan apabila dapat wang begini, mereka jadi bertambah ceria kerana boleh membeli beberapa barang keperluan nanti," katanya pada majlis menyampaikan sumbangan itu di sini hari ini.

Menurut Shahanim, dia melakukan aktiviti begini sejak beberapa tahun lalu.

"Saya ingin melihat mereka berjaya dalam hidup pada masa akan datang.

"Saya sendiri adalah daripada keluarga susah tetapi setelah berpeluang menjejak kaki ke Universiti Utara Malaysia (UUM), keadaan kehidupan terus berubah setelah ada satu bidang pendapatan yang boleh menjamin kehidupan," katanya.

Seorang pelajar dipilih masuk ke Kolej Poly Tech Mara di Kota Bharu, Kelantan, Faiznur Izzati Mohd. Fuad, 18, dari Permatang Pasir, Tikam Batu ketika ditemui berkata, dia gembira menerima sumbangan diberikan itu dan menjadi satu kenangan dan sukar untuk dilupai.

Katanya, dia perlu mendaftar diri di Poly Tech Mara Kota Bharu, Kelantan pada 24 Jun ini dalam bidang pengajian pelancongan selama tiga tahun.

Utusan Online - Muka Hadapan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Tidak perlu layan pembangkang

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Bajet 2014 dibentang 25 Oktober - PM

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

KDN bantu kekang fahaman Syiah

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Selasa, 18 Jun 2013

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


DAP tidak boleh lagi bersandiwara

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Oleh KAMIL MASLIH
pengarang@utusan.com.my

Tunku Abdul Aziz, R. Vellasamy

KUALA LUMPUR 18 Jun - DAP tidak boleh lagi bersandiwara dan berbelit-belit mengenai kontroversi pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu tahun lalu.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, DAP mesti memberi kerjasama penuh kepada siasatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk membuktikan ketelusan parti itu.

Ini satu peluang terbaik untuk DAP berterus-terang, tidak perlu lagi berbelit-belit dan bersandiwara, lagipun, mereka juga yang selama ini melaungkan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus).

Jika terbukti benar berlakunya kesalahan, mereka kena minta maaf, baharu nampak bermoral. Kalau tidak, slogan CAT itu kita boleh anggap tidak lebih daripada kucing kurap," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya meminta DAP mengemukakan keterangan dan bukti mengenai silap kira undi yang berlaku dalam pemilihan CEC parti itu tahun lalu.

Siasatan tersebut bagi mengenal pasti sama ada silap kira undi tersebut berlaku atas sebab computer glitch ataupun merupakan satu penyelewengan.

Pemilihan CEC DAP pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi di dalam pemilihan tersebut.

Sementara itu, bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang, R. Vellasamy berkata, DAP perlu mematuhi segala arahan ROS dan menyerahkan bukti-bukti yang diminta untuk membantu siasatan kontroversi itu.

Jangan berlengah-lengah lagi, seluruh rakyat Malaysia tertanya-tanya dan tuduhan ini bukan datang daripada Barisan Nasional (BN) tetapi ahli DAP sendiri," katanya.

Katanya, kontroversi pemilihan CEC itu merupakan isu besar kerana perkara tersebut bukan sekadar melibatkan hak mengundi bagi seorang atau dua orang ahli parti tetapi seramai 753 orang.

Gelaran pengkhianat lebih tepat untuk pemimpin Pas patuh arahan parti lain

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Norazli Musa, Mahfodz Mohamed

KUALA LUMPUR 18 Jun - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa tidak sewajarnya menggelar mana-mana pemimpin parti yang tidak menyertai perhimpunan anjuran pakatan pembangkang bagi membantah perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, sebagai pengkhianat.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa berpandangan, gelaran pengkhianat sebenarnya lebih tepat diberikan kepada mana-mana pemimpin Pas yang mematuhi arahan pucuk pimpinan parti lain.

Menurut beliau, arahan untuk menganjurkan perhimpunan membantah keputusan PRU-13 dikeluarkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan melalui persetujuan majlis pimpinan pakatan pembangkang.

Kalau kita mematuhi arahan pemimpin parti lain, itu lagi khianat sebenarnya," katanya di sini hari ini.

Norazli mengulas percanggahan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak memaksa ahli Pas menyertai perhimpunan itu sedangkan Husam sebelum ini mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong pendiriannya sebagai pengkhianat parti yang lupa asal-usul.

Semalam, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din meminta ahli parti mematuhi pendirian dan nasihat Abdul Hadi.

Norazli menambah, ahli Pas juga sepatutnya wala atau mematuhi pendirian pemimpin yang mempunyai kedudukan paling tinggi di dalam parti.

Husam cuma Naib Presiden sedangkan Abdul Hadi ialah Presiden manakala Majlis Syura Ulama menduduki hierarki tertinggi di dalam Pas.

Sepatutnya kita menyokong pemimpin yang lebih tinggi, bukannya bercanggah pendapat dengan mereka," jelasnya sambil menegaskan tidak akan menghadiri perhimpunan itu kerana mematuhi arahan pemimpin tertinggi Pas.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, secara dasarnya, mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 9 Jun lalu sebulat suara bersetuju parti itu mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Walau bagaimanapun, jelas beliau, tidak kesemua pemimpin dan ahli Pas dapat hadir kerana mereka ada halangan atau urusan lain yang lebih penting.

Mungkin mereka ada keperluan lain seperti urusan di luar kawasan atau mengerjakan umrah semasa perhimpunan dijalankan.

Kita tidak boleh melabelkan mereka sebagai pengkhianat kerana masing-masing ada alasan. Itu tidak tepat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya sama ada akan menyertai perhimpunan tersebut atau tidak, Mahfodz menjelaskan, beliau berada di luar kawasan.

Utusan Online - Pahang

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Peladang Nita Pahang diperkasa

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

Sulaiman Embong (empat dari kiri) bersama ahli Peladang Nita Pahang selepas majlis penubuhannya di Kuantan, kelmarin. Turut kelihatan Mohamad Najib Pendek (lima kiri) dan Nazilah Abd. Latif (tiga dari kiri). - Utusan/ AhMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 18 Jun - Penubuhan Peladang Nita Pahang merupakan satu pengiktirafan kepada golongan wanita yang menceburi bidang perladangan kerana sebelum ini tidak mempunyai sebarang pertubuhan di peringkat negeri.

Pengerusinya, Datuk Nazilah Abd. Latif berkata, sebelum ini, Peladang Nita hanya bergerak sendiri di peringkat unit dan kawasan tetapi disatukan dalam pentadbiran yang lebih sistematik di peringkat negeri.

"Dengan adanya pertubuhan ini, kami boleh bergerak secara tersusun di semua peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dengan menyelaras segala gerak kerja yang lebih sistematik.

"Sebelum itu, kita akan mengemaskini semua data dan maklumat tentang ahli-ahli Peladang Nita di seluruh negeri," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penubuhan Peladang Nita Peringkat Negeri Pahang di sini semalam.

Majlis perasmian Peladang Nita itu disempurnakan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri, Sulaiman Embong.

Yang turut hadir Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA), Mohamad Najib Pendek.

Nazilah berkata, pelbagai aktiviti akan dirangka dan segala potensi yang boleh dikembangkan diselaras sebaik mungkin supaya Peladang Nita dapat meningkatkan mutu organisasi masing-masing.

"Saya berharap peruntukan daripada kerajaan dapat disalurkan secara terus kepada pertubuhan ini supaya agenda dirancang berjalan lancar.

"Dijangka kira-kira 3,000 Peladang Nita negeri ini akan menikmati pelbagai kemudahan dengan penubuhan organisasi ini, sekali gus memartabatkan wanita dalam sektor perladangan negara," katanya.

Dalam pada itu, Sulaiman dalam ucapannya berkata, penubuhan tersebut diibaratkan sebagai satu penjenamaan semula kumpulan itu di negeri ini.

"Komitmen dan hala tuju Peladang Nita dapat menjadikan kumpulan itu digerakkan, seterusnya merangka pelbagai agenda dan strategi masing-masing untuk terus maju pada masa depan," katanya.

Zainal Abidin, Temah dipilih Tokoh Guru Maran

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

Ismail Abdul Muttalib (kiri) bersama Zainul Abidin Daud (dua dari kiri) dan Temah Ismail (dua dari kanan) yang diumumkan sebagai Tokoh Guru Daerah Maran 2013 di Maran, Pahang, baru-baru ini. - utusan/salehudin mat rasad

MARAN 18 Jun - Bekas Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Zainal Abidin Daud dan bekas guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tajau, Temah Ismail dipilih sebagai Tokoh Guru Maran tahun ini.

Majlis penyampaian anugerah tersebut disampaikan Ahli Parlimen Maran yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Jengka, dekat sini baru-baru ini.

Zainal, 60, yang dilahirkan di Kampung Kuala Pontian, Kuala Rompin, Pahang mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Tekek, Pulau Tioman dan meneruskan persekolahan di SM Datuk Abdul Razak, Tanjung Malim, Selangor.

Minatnya dalam mencari ilmu diteruskan apabila melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dengan memilih bidang Pendidikan Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang dan seterusnya ke peringkat sarjana di universiti sama.

Zainal ketika ditemui berkata, khidmat sebagai pendidik bermula ketika bertugas di SK Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Jengka 1 dan seterusnya di SMK Jengka 10 dan SMK Kampung Awah.

"Jawatan terakhir saya ialah memangku Pegawai Pelajaran Daerah pada Mei 2011 dan bersara wajib empat bulan kemudian setelah 35 tahun dalam bidang perguruan," katanya.

Seorang lagi penerima anugerah itu, Temah, 60, yang dilahirkan di Kampung Temiang, di sini mendapat pendidikan awal di SK Kampung Pejing, SK Kuala Wau dan Sekolah Menengah Perempuan Methodist, Kuantan.

Beliau melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan kemudian berkhidmat antaranya di SK LKTP Jengka 5, SK LKTP Jengka 3 dan SK Maran.

Klinik 1Malaysia Bera bakal beroperasi sehingga 10 malam

Posted: 18 Jun 2013 12:33 PM PDT

BERA 18 Jun - Penduduk di sekitar daerah ini akan menikmati kemudahan Klinik 1Malaysia yang beroperasi setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam, tidak lama lagi.

Pegawai Kesihatan daerah, Dr. Wan Rosalaiza Wan Abd. Ghani berkata, klinik yang terletak di Kerayong, dekat sini dan dalam proses pengubahsuaian itu memberikan perkhidmatan perubatan asas manakala kes kecemasan atau kronik perlu dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

"Sekiranya pesakit menghidap penyakit kronik atau kecemasan, mereka digalakkan merujuk terus kepada klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan lebih terperinci, selain mempunyai kemudahan ambulans.

"Kewujudan perkhidmatan perubatan ini diharap dapat memudahkan orang ramai, khususnya warga Bera menjalani pemeriksaan kesihatan dengan lebih selesa," katanya di sini baru-baru ini.

Utusan Online - Kota

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Lori simen konkrit bermaharajalela

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusan.com.my

Kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu lori simen menyebabkan mereka bebas melalui jalan utama di ibu negara untuk ke tapak pembinaan berhampiran.

KUALA LUMPUR 17 Jun - Masalah permukaan jalan raya tidak rata disebabkan tumpahan konkrit dan batu kerikil di sekitar ibu negara semakin merimaskan.

Perkara itu sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu disebabkan lori-lori simen yang bebas keluar masuk melalui jalan-jalan utama ke tapak pembinaan berhampiran.

Masalah itu dilihat banyak berlaku di kawasan simpang kerana lori yang berhenti di situ akan menumpahkan bahan itu.

Tumpahan itu semakin menebal dan berbonggol-bonggol menyebabkan kenderaan ringan seperti penunggang motosikal sering terdedah kepada bahaya.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu kota antaranya Jalan Foss di Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Kerinchi, berhampiran Vista Angkasa , Lembah Pantai baru-baru ini mendapati laluan terlibat turut terjejas teruk akibat tumpahan sisa konkrit.

Keadaan itu juga menyebabkan kesesakan dan kemalangan jalan raya kerana para pengguna dilihat cuba mengelak daripada melanggar tumpahan konkrit

Walaupun isu tersebut telah beberapa kali disiarkan di beberapa akhbar tempatan, termasuk Utusan Malaysia, sehingga kini tiada jalan penyelesaian ditemui.

Masalah ini boleh diibaratkan sebagai 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'.

Ini kerana pihak kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit menyediakan infrastruktur dan jalan raya bagi keselesaan orang ramai.

Namun disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu masalah itu terus berlarutan.

Sebelum ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui kenyataan balas kepada Utusan Malaysia dalam beberapa siri laporan berkaitan memaklumkan sedang mengkaji kaedah terbaik dan berkesan bagi mengatasi masalah berkaitan.

Ini termasuklah merancang melaksanakan tindakan pemantauan tindakan penguatkuasaan di tapak pengeluaran konkrit.

Peniaga bimbang, terganggu

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusan.com.my

Kerja-kerja pembinaan bangunan sembilan tingkat di lorong Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur menimbulkan kebimbangan dan mengganggu peniaga berhampiran yang didakwa menyebabkan gangguan - UTUSAN/ fahmi muhazir

KUALA LUMPUR 17 Jun - Para peniaga tudung di lorong Jalan Tunku Abdul Rahman di sini melahirkan kebimbangan terhadap kerja-kerja pembinaan melibatkan sebuah bangunan sembilan tingkat berhampiran kawasan perniagaan mereka.

Mereka mendakwa walaupun notis sita telah dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kerja-kerja pembinaan tetap diteruskan sehingga mengakibatkan pelbagai gangguan kepada mereka.

Wakil peniaga berkenaan, Faizal Abdul Rahman 46 berkata, aduan terpaksa dikemukakan kepada pihak DBKL sebelum ini apabila pemilik premis berkenaan gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan itu.

Menurutnya, ini termasuk tidak meletakkan sebarang papan tanda bagi kerja-kerja pembangunan mahupun langkah keselamatan.

"Apa yang memeranjatkan kami pemilik premis masih meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian dalam keadaan curi-curi terutama pada waktu malam.

"Apa yang mengecewakan setiap kali hujan, air yang mengalir ke bumbung kedai kami mengandungi bahan binaan, termasuk keladak simen dan pasir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Faizal berkata, pembinaan premis berkenaan juga seolah-olah cuba menganggu usaha mereka selama ini untuk mendapat perhatian DBKL bagi menaikkan taraf 12 buah kedai tudung di lorong berkenaan.

"Bayangkan apabila mereka telah memasang kotak-kotak pendingin hawa berbanding pendingin hawa secara berpusat, ke mana air dari pendingin hawa itu nanti akan disalur keluar selepas alat itu dibersihkan?

"Tentunya akan mengalir, membasahi dan akhirnya menyerap ke dinding gerai-gerai kami yang diperbuat daripada kayu ini. Akhirnya apabila kami tidak lagi mampu bertahan, tentunya kami terpaksa keluar dari sini.

"Semua ini seolah-olah cuba membunuh para peniaga Melayu yang ada di sini,"katanya.

Tambah Faizal, apa yang diharapkan DBKL dapat memberikan perhatian terhadap isu yang menjadi masalah terutama kepada kebanyakan peniaga Melayu di situ.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi mendapati premis yang dahulunya merupakan sebuah gedung kain terkenal giat melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian bagi menukar kepada ruang kedai berkonsep 'arked'.

Tinjauan mendapati para peniaga asing dilihat memonopoli arked-arked berkenaan sekaligus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai dan peniaga tempatan.

NGO Sungai Besar protes jelajah pembangkang

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

SHAH ALAM 17 Jun - Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Parlimen Sungai Besar mengingatkan pakatan pembangkang supaya tidak 'menjaja' agenda menanam kebencian rakyat di kawasan itu pada 18 Jun ini.

Antara NGO terbabit ialah Majlis Belia Selangor (MBS) Daerah Sabak Bernam; MAYC Sungai Besar; Kelab Belia Bagan; Kelab Bell Belia Tamil termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan di kawasan Parlimen berkenaan.

Wakil NGO berkenaan, Budiman Mohd. Zohdi (gambar) berkata, tindakan pembangkang yang mahu mengadakan perhimpunan haram di kawasan Parlimen itu esok untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah tidak bertanggungjawab kerana bukan hanya menyalahi undang-undang tetapi juga menafikan keputusan majoriti rakyat yang telah memilih Barisan Nasional (BN).

"Mereka sebenarnya tidak dapat menerima kekalahan walaupun menang tiga negeri termasuk kerusi Parlimen dalam Dewan Rakyat.

"Malah, mereka juga gagal membuktikan dakwaan kononnya ada warga asing mengundi termasuklah bukti lampu padam ketika pengiraan undi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Budiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, rakyat di kawasan Parlimen Sungai Besar telah membuat keputusan pada PRU13 dan mereka telah memilih BN serta menolak pembangkang.

Tegasnya, tindakan mengadakan jelajah dan perhimpunan membantah keputusan PRU13 sama seperti menafikan hak serta keputusan rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Berdasarkan portal berita pembangkang www.keadilandaily.com, penyokong pakatan pembangkang akan mengadakan siri jelajah sempena kemuncak perhimpunan bantahan keputusan PRU13 atau 'Black 505' pada 22 Jun ini di Kuala Lumpur.

Jelajah tersebut dijangka diadakan di beberapa kawasan termasuk di Parlimen Sungai Besar.

Utusan Online - Selatan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Arahan pindah premis hiburan kekal

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

Idris Haron

MELAKA 17 Jun - Arahan kepada 12 pemilik pusat hiburan di Taman Merdeka Permai untuk berpindah ke lokasi baharu di Melaka Raya, Banda Hilir sehingga 7 Ogos ini adalah kekal seperti yang diputuskan sebelum ini.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur lagi dengan keputusan yang telah dipersetujui pada mesyuarat Exco kerajaan negeri sebelum ini.

Menurutnya, semua pemilik pusat hiburan berkenaan perlu akur dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

"Saya dengar ada pemilik premis merayu untuk kekal beroperasi di kawasan tersebut dengan alasan mereka telah berbelanja besar membuat pengubahsuaian di pusat tersebut.

"Saya ingin bertanya kepada pemilik premis bagaimana mereka beroperasi dan membuat pengubahsuaian sedangkan pihak berkuasa tempatan belum mengeluarkan lesen dan kerajaan negeri pula tidak memberi sebarang kelulusan lagi?" soalnya di sini baru-baru ini.

Idris mengulas mengenai rayuan pemilik pusat hiburan di Taman Merdeka Permai yang meminta MPHTJ membatalkan arahan berpindah dan mengekalkan mereka beroperasi di kawasan berkenaan.

Yang Dipertua MPHTJ, Sapian Haron dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan notis arahan telah dikeluarkan pada 7 Mei lalu dan kesemua 12 pemilik pusat hiburan berkenaan diberi tempoh sehingga 7 Ogos ini untuk berpindah ke lokasi yang ditetapkan di Melaka Raya.

Mengulas lanjut, Idris berkata, polisi kerajaan kini ialah untuk menempatkan semua pusat hiburan di negeri ini di satu kawasan iaitu di Melaka Raya sahaja dan ia tidak boleh beroperasi melainkan lokasi yang telah ditetapkan.

"Ini kita lakukan adalah untuk mudah memantau sebarang aktiviti di satu kawasan sahaja selain memastikan mereka mematuhi arahan yang dikeluarkan," katanya.

Beliau menegaskan, kawasan Melaka tidak luas dan ia adalah mudah kepada penduduk ingin berhibur datang ke Melaka Raya di Banda Hilir.

Katanya, walaupun ada di antara mereka yang datang dari kawasan luar bandar seperti Kuala Linggi di Masjid Tanah ia sekadar memakan masa setengah jam untuk sampai ke Melaka Raya.

Menurutnya, Melaka tidak perlu mempunyai pusat hiburan di merata tempat melainkan hanya satu kawasan yang ditetapkan iaitu di Melaka Raya.

Promosi perkenal makanan tradisional NS

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

Wartawan Utusan Malaysia, Noor Hanis Harun (kiri) menyusun kuih sepang bersama rakan media sempena program Negeri Sembilan Food Trail 2013 di Restoran Cendol Madu Rembau, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 17 Jun - Negeri Sembilan bukan sahaja merupakan satu-satunya negeri yang masih mengekalkan tradisi Adat Perpatih, malahan turut popular dengan pelbagai jenis makanan tradisionalnya yang menjadi pujaan pelancong dari dalam dan luar negara.

Pengarah Tourism Malaysia negeri, Zaidi Kassim berkata, kelebihan Negeri Sembilan ini terletak pada lokasinya yang strategik antara Singapura dengan Lembah Klang dan umpama tempat perhentian untuk pelancong.

''Pada tahun ini, kita menyasarkan seramai lima juta pelancong datang berkunjung ke negeri ini dan merasai pengalaman suasana di kampung.

''Kita ingin mengetengahkan tarikan utama pelancong, selain pantai peranginan, tempat penginapan inap desa, aktiviti ekopelancongan dan makanan tradisional tinggalan nenek-moyang," katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa penutupan Negeri Sembilan Food Trail 2013 di hentian terakhir program tersebut di Restoran Cendol Madu Rembau, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak Tourism Malaysia dan kerajaan negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak media dan agensi pelancongan yang terlibat dalam program jelajah selama tiga hari itu.

''Kami berharap dengan adanya program seperti ini, pengunjung berpeluang mengetahui tentang keunikan Negeri Sembilan ini melalui masakan tradisional kita.

''Dalam siri kali ini kita menjelajah tiga daerah iaitu Seremban, Kuala Pilah dan Rembau, yang mana setiap daerah mempunyai identiti makanan yang berbeza, sebagai contoh apam johol, kuih sepang dan masak lomak cili api daging salai," katanya.

Tambahnya, sempena acara Tahun Melawat 2014 tidak lama lagi, pihak Tourism Malaysia akan menganjurkan lebih banyak lagi program yang berbentuk jelajah negeri.

''Kita merancang untuk menjadikan Port Dickson sebagai salah satu perhentian dalam program Negeri Sembilan Food Trail yang seterusnya selepas ini," katanya.

Persandingan 19 pasangan pengantin saudara muslim meriah

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

Othman Mohamad (tiga dari kanan) bermesra dengan Iskandar Lee dan Suzana Hassan antara 19 pasangan pengantin saudara baru dalam majlis persandingan beramai-ramai di Taman Rempah, Melaka, semalam.

MELAKA 17 Jun - Sebanyak 19 pasangan mempelai terdiri daripada saudara muslim dari seluruh negeri ini diraikan dalam satu majlis persandingan beramai-ramai di Taman Rempah di sini malam tadi.

Persandingan serba meriah dan berwarna-warni itu dihadiri ribuan pengunjung termasuk ahli keluarga semua pasangan pengantin bagi memberi ruang kepada saudara baharu melangsungkan perkahwinan beramai-ramai.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Mohamad berkata, majlis anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) telah diadakan sejak lima tahun lalu dan mencatat penyertaan paling ramai tahun ini.

"Majlis seperti ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan budaya perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat negara ini kepada pengunjung pelbagai bangsa serta pelancong luar," katanya ketika berucap dalam majlis tersebut di sini malam tadi.

Yang hadir sama, Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Yaakub Md. Amin; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin dan Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk Baharom Majid.

Majlis persandingan beramai-ramai itu merupakan sebahagian program yang disusun sempena Festival Jemputan Sungai Melaka 2013 yang diadakan sepanjang Jun ini.

Jelas Othman, penganjuran program itu juga menunjukkan komitmen kerajaan negeri khususnya MAIM yang sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan saudara muslim di negeri ini.

Ujarnya, setiap pasangan yang baharu melangkah ke alam perkahwinan perlu mempunyai nilai kesedaran yang tinggi bagi menghadapi perubahan dalam diri dan pasangan.

"Ini adalah penting kerana kesannya nanti bukan sahaja akan membawa kepada pasangan bahagia, malahan berupaya menjadi contoh untuk mencorakkan persekitaran serta zuriat yang lahir nanti.

"Selain itu, toleransi dan pengorbanan juga perlu ada pada setiap pasangan bagi memperoleh manfaat besar kepada pembentukan keluarga yang harmoni," katanya.

Utusan Online - Utara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


20 keluarga mangsa ribut dibantu

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

Oleh NORAZLINA ISMAIL
utusanpenang@utusan.com.my

Shabudin Yahaya (kiri) beramah mesra dengan sebahagian penerima bantuan mangsa ribut di Pejabat UMNO Bahagian Tasek Gelugor Pulau Pinang, di Tasek Gelugor, semalam.

TASEK GELUGOR 17 Jun - Sebanyak 20 keluarga di kawasan Parlimen Tasek Gelugor yang terjejas akibat kejadian ribut dan angin kuat Khamis lalu menerima bantuan bencana alam daripada UMNO.

Mereka yang terbabit terdiri daripada penduduk di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Permatang Berangan dan Sungai Dua yang terpaksa menanggung kerugian setelah rumah mereka rosak dipukul ribut.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, bantuan itu diberikan bagi meringankan beban yang ditanggung penduduk terlibat.

"Ribut yang melanda negeri ini Khamis lalu turut mengakibatkan beberapa buah rumah di sekitar Seberang Perai mengalami kerosakan.

"Pihak UMNO Bahagian Tasek Gelugor amat bersimpati dengan nasib yang menimpa penduduk dan atas dasar itu kita telah memberi bantuan sebanyak RM300 untuk 20 keluarga supaya mereka dapat menggunakan wang tersebut untuk membaiki rumah yang rosak," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan berkenaan di sini hari ini.

Katanya, penduduk yang ditimpa bencana harus menjadikan kejadian tersebut sebagai iktibar dan menerimanya dengan reda.

Sementara itu, seorang penduduk, Nayan Mat, 59, berkata, kejadian angin kencang dan ribut yang berlaku baru-baru ini adalah kejadian yang pertama pernah berlaku kepada mereka sekeluarga.

"Tidak sangka pada hari itu angin terlalu kuat hingga merosakkan bahagian bumbung rumah saya dan kerosakan teruk boleh dilihat di bahagian dapur.

"Kos untuk membaiki keseluruhan bumbung pula agak tinggi dan dengan pemberian bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya untuk membaikinya," ujarnya.

Zawiyah Jaafar, 44, pula memberitahu, sejak rumahnya dipukul ribut, mereka sekeluarga tidak selesa kerana bahagian bumbung yang rosak teruk masih belum mampu untuk dibaiki.

"Suami saya hanya bekerja sebagai pemandu lori dan kesihatannya juga tidak menentu sejak kebelakangan ini. Jadi, suami tidak mampu untuk membaiki bumbung sendiri.

"Bantuan sebanyak RM300 ini akan saya gunakan untuk membaiki bumbung yang rosak kerana sekarang ini setiap hari hujan dan kalau tidak dibaiki segera, rumah kami akan basah," katanya.

Lim Swee Bok dan Loo Bee Ooi dinobat Tokoh Belia Pulau Pinang

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

M. Saravanan (dua dari kanan) beramah mesra dengan Lim Swee Bok (kiri) dan para pemenang lain sambil diperhatikan oleh Mohamed Maliki Mohamed Rapiee sewaktu majlis penyampaian hadiah pada Festival Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2013 di Bukit Mertajam, baru-baru ini.

BUKIT MERTAJAM 17 Jun - Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP), Lim Swee Bok dan Naib Yang Dipertua Majlis Belia Daerah (MBD) Seberang Perai Utara, Loo Bee Ooi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri tahun ini.

Pengiktirafan tersebut diberikan atas usaha dan kesungguhan kedua-duanya membangunkan program-program belia di negeri ini.

Kedua-dua anak jati Pulau Pinang itu menerima wang tunai RM3,000, sijil dan trofi yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan pada majlis perasmian Festival Belia Negara peringkat negeri di AEON Seberang Perai City Shopping Centre, Bandar Perda di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Presiden MBNPP, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang, Zakaria Kasa.

Tokoh Belia Lelaki, Swee Bok, 33, ketika ditemui berkata, pengorbanannya dalam gerakan belia selama 15 tahun berbaloi apabila menerima anugerah itu.

"Ini satu pengiktirafan kepada saya untuk terus memberi khidmat sukarela kepada belia di negeri ini," katanya yang tinggal di Daerah Timur Laut.

Beliau berkata, kerajaan perlu memberikan pengiktirafan lebih banyak kepada golongan belia kerana mereka berkhidmat secara sukarela di negara ini.

Pemenang lain ialah Persatuan Belia Mutiara Sungai Duri, Seberang Perai Selatan dinobatkan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia meraih wang tunai RM10,000, sijil dan trofi.

Anugerah Khas Belia Tunas Muda dimenangi Ahmad Ripaie Zain (RM1,000, sijil dan trofi); Anugerah Khas Jasamu Dikenang (Mohd. Foad Mat Isa) dengan hadiah RM2,000, sijil dan trofi; dan Anugerah Khas Kecemerlangan Orang Kelainan Upaya (OKU) diberikan kepada Faiq Adnan (RM2,000).

Faiq melakar sejarah perenang cacat penglihatan apabila berenang merentasi Selat Pulau Pinang sejauh lima kilometer pada 19 Mei lalu.

Sementara itu, Saravanan pada sidang akhbar berkata, belia di negara ini jangan terpengaruh dengan politik pembangkang yang berdemontrasi kerana kepentingan seorang individu tertentu sahaja.

Katanya, ini kerana belia perlu membangunkan ekonomi mereka dan mengelak golongan belia daripada tercicir.

"Saya percaya belia di negara ini matang dan menolak demonstrasi kerana rakyat telah menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)," ujarnya.

Saravanan berkata, pendekatan yang diambil kementerian bagi memastikan golongan belia mendapat pembelaan yang sewajarnya di negara ini.

Sementara itu, pelbagai program diadakan sempena festival dua hari seperti pameran audio kereta dan pertandingan drif kereta, kursus go-kart, karnival kecergasan, pertandingan gusti lengan, pertandingan fotografi dan pameran beberapa agensi kerajaan.

Pertubuhan Peladang Kawasan Bintong agih 10 spesies terbaik harumanis

Posted: 17 Jun 2013 11:11 AM PDT

Ahli PPK Bintong diberi penerangan mengenai spesies terbaik mempelam harumanis yang bakal dibekalkan kepada mereka ketika majlis pelancaran Ladang Mata Tunas Mempelam Harumanis di Jalan Kurong Batang, Bintong di Kangar, Perlis, semalam.

KANGAR 17 Jun - Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bintong bakal membekalkan anak tunas pokok mempelam dari 10 spesies terbaik mempelam harumanis di ladang seluas 0.5 hektar di Jalan Kurong Batang, Bintong di sini tidak lama lagi.

Pengurus Besarnya, Ruzhan Abdul Raof berkata, pihaknya akan mendapat kerjasama dari Jabatan Pertanian Negeri Perlis untuk memulakan usaha mengeluarkan anak tunas mempelam.

"Dengan pengeluaran anak tunas ini, pengeluaran mempelam harumanis di Perlis menjadi lebih sedap dan berkualiti," katanya selepas majlis pelancaran Ladang Mata Tunas Mempelam Harumanis PPK Bintong di sini hari ini.

Pada majlis ini, sebanyak 160 penduduk dari Kampung Pokok Jawi, Batu Pahat dan Syed Omar di Bintong menerima lima anak tunas pokok dan baja organik bernilai RM200 setiap seorang.

Ruzhan berkata, PPK Bintong juga menyasarkan akan membekalkan 8,000 anak benih pokok harumanis di sepanjang tahun ini.

Beliau berkata, diharapkan dengan adanya ladang anak tunas ini, diharap pihaknya akan dapat menghasilkan benih mempelam yang lebih berkualiti.

"Tunas pokok harumanis daripada spesies terbaik ini akan dicantumkan kepada pokok lain yang mana boleh membesar dalam tempoh tiga tahun untuk mengeluarkan hasil," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perlis, Husnani Abdul Manaf dalam ucapannya berharap penerima anak tunas mempelam ini akan dapat meningkatkan pengeluaran buah-buahan ini di masa hadapan.

Sehubungan itu katanya, penerima anak benih itu perlu memastikan pokok masing-masing dijaga dengan baik.

"Jangan biarkan pokok itu begitu saja tanpa penjagaan sepatutnya," katanya.